Pages

SELAMAT DATANG

Rabu, 8 Disember 2010

Tentang Score A

Syarat untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang di

dalam peperiksaan ialah dengan menggunakan kaedah

"pembelajaran output”, kebolehan untuk men

geluarkan dan menggunakan apa yang telah

dipelajari. Ramai pelajar hanya melakukan

pembelajaran input – membaca, belajar,

menghafal dan mendengar adalah

pembelajaran input. Inilah

sebabnya ramai pelajar

yang mendapat markah

yang sederhana.

Untuk menyerlah,

anak anda memerlukan

kami melatih anak anda

teknik pembelajaran

output kami. Kami telah

mengambil masa 4 tahun

untuk membentuk satu

kaedah pembelajaran

output yang cukup

komprehensif yang

mana ianya telah

direka mengikut

kurikulum yang telah

ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.

Kami akan membantu dan membimbing

anak anda supaya Bersedia Menghadapi

Peperiksaan dan mencapai kecemerlangan A

.Berlatih mencapai kecemerlangan, keinginan

untuk berjaya adalah penting , tetapi keinginan

untuk bersedia adalah lebih penting. Apabila

tiba hari peperiksaan anak anda akan

mengharungi cabaran dengan keyakinan dan

mencapai kecemerlangan A.


Ketahuilah RAHSIA Bagaimana Untuk Membantu Pelajar Mencapai Kecemerlangan Dalam Pelajaran

Program Score A merupakan webucation pertama di Malaysia.
Sistem pembelajaran secara online yang lebih efektif & efisien.
Belajar di mana jua bila-bila masa yang anda suka.
Bersama mencapai impian kecemerlangan akademik anak anda.

Selasa, 23 November 2010

Iusi Mata - Kalimah Allah..


























Cuba lihat padaKalimah ALLAH selama 10 saat dan alihkan pandangan pada dinding kosong.. lihatlah keajaibannya. ...subhanallah..rasa sgt KAGUM dgn ilusi mata kurniaanNya ini..

Ahad, 21 November 2010

Alhabib Islamic Web Service

Alhabib Islamic Web Service

Khamis, 26 Ogos 2010

OPERASI HALAL 21 JULAI 2010 DI WILAYAH PERSEKUTUAN

Kuala Lumpur, 21 Julai 2010, (Jam 1.00 pagi):

Seramai 16 orang kakitangan JAWI, JAIS, Kementerian Pengguna, JAKIM dan PUM (aktivis LANDAS) telah membuat Operasi HALAL HUB di rumah-rumah/premis penyembelihan Halal sekitar Wilayah Persekutuan K.L. Antara lokasi yang kami pergi ialah kawasan Beringin Jinjang, Bandar Sri Damansara dan berakhir sekitar jam 4 pagi.

Peagawai JAKIM sedang memberi taklimat sebelum kami berangkat ke lokasi jam 1.00 pgi.

Lokasi pertama kami di Bandar Sri Damansara (KL Supreme Processing Sdn Bhd.)

Dalam suasana yang dingin (dalam bilik sejuk) kami menjelajahi dari tempat ke suatu tempat, segenap penjuru di premis tersebut. Segala dokumen dan operasi sembelihan kami teliti bagi menentukan ayam-ayam yang di pasarkan HALAL untuk dimakan oleh umat Islam sekitar KL dan Selangor.

Kami cek setiap ayam disembelih mengikut syara’ atau tidak. Urat yang wajib diputuskan ialah Urat Halkum dan Urat Marikh’, sementara urat darah kiri kana leher adalah sunat (hadis Nabi saw).

Keratan 4 urat pada leher ayam perlu diputuskan

Yang menjadi tandatanya tanpa nuqtah kepada kami, mana-mana operasi di rumah-rumah sembelihan ada sahaja yang tak kena walau pun penyembelihnya ada tauliah. Kebanyakan Tokeh adalah orang Cina dan perkerja banyak orang Bangladesh, Indonesia dan orang Kashmir. Hanya segelintir orang Melayu. Maka banyaklah penyelewengan berlaku. Adakalanya ayam tak sempat mati telah bertindih dan mati sebab bertindih bukan mati kerana sembelihan.

Ada pula ayam yang uratnya tak putus habis, maka jadilah BANGKAI, namun ramai yang orang tak prihatin di mana mereka beli ayam, maka mereka makan bangkailah.
Lihat urat marikh’ contoh ayam yang tak putus habis ini

Ini pulak ayam cucuk, tapi pelanggannya restoran Melayu dan pembuat sate

Ayam ini kami dapat kat Beringin Jinjang (premis sembelih Kim Foog Trading) pagi tadi. Kat belakang premis ini tempat sembelih Babi pulak. Kami sedang pantau satu kes sebelah dalam berhampiran premis ini ada satu lagi premis sembelih ayam, tapi ayam tak sembelihpun mereka campur untuk dipasarkan kepada orang Melayu Islam. Kelilingnya tempat sembelih Babi dan sebelahnya mereka tanam sayur togeh, yang kita campur dengan mie atau goring dengan tahu. Tengoklah siapa pelanggannya (melalui resit beliannya di bawah).

Dilanggani oleh Restoran Pappa Rish pada setiap hari bulan Jun lalu. Inilah tempat orang kita makan. Saya nak pesan kat semua orang Islam di Malaysia dan seluruh dunia, prihatinlah sikit tentang apa yang kita makan terutama ayam. Firman Allah swt;

Al Baqarah 168. Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa Yang ada di bumi Yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana Sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh Yang terang nyata bagi kamu.

Ini pula tempat yang sama, penyembelih Islam dari Indonesia, dia cucuk tengok ayam macam Cina, terus campak ayam yang masih hidup dalam air supaya cepat mati ada yang tak cucuk langsug, hidup-hidup dia masukkan dalam air supaya mati cepat dan diprosesnya.


Nampak tak yang putih itu ayam hidup dan itik (hidup2 dibenam dalam tangki ini) Kemudian dia celur dan proses

Bila kami Tanya kenapa buat gitu, katanya Cina (Tokeh) suruh buat dan cepat sikit. Nilah yang kita dok makan hari-hari mungkin. Dia keluarkan (tengkok ayam tiada bekas sembelihpun)



Ini yang sepatutnya dilakukan di premis sembelihan ayam.

(KL Supreme Processing Sdn Bhd.)

Syarikat Ini ada sijil Halal JAKIM, namun perlu kita pantau operasinya dari masa ke semasa bagi memastikan mereka menjalankan operasi menurut syara’.

Ayam hidup digantung pada mesin yang bergerak sebelum dipengsankan (Stunning process), sebelum dimbelih.

Muncung ayam disentuhkan ke dalam air berarus elektrik (Ayam 0.25-0.5, tempoh 3.0-5.0 saat). Baru disembelih dan pisaunya sentiasa bersih daripada darah, kerana terdapat air dari atas yang mengalir untuk mencuci pisau sembelih semasa operasi sembelihan.


PROSES SELEPAS SEMBELIH





TERSEDIA UNTUK DIPASARKAN


Laporan dari Ustaz Abdul Halim Zakaria
Aktivis UNGGAS/LANDAS PUMWP

Dicatat oleh Urusetia LANDAS di 22:29
1 ulasan:

ZBZniaga berkata...

salamun alaik,mohon copy dan sebar di zbzniaga.blogspot.com ,moga bermanafaat bersama dlm perkongsian agar byk pihak celik mata dan memajukan industri halal malaysia. :)
insya'allah

Jumaat, 30 Julai 2010

goal menarik

Lirik Lagu Fifa 2010 ( 2010 Fifa World Cup Theme Song Lyric )

Lafaz Yang Tersimpan - UNIC

 
Powered by Blogger