Pages

SELAMAT DATANG

Sabtu, 22 Mei 2010

Watak2 cerita harry potter)Siri2

haa,ni nk sambung g pasal watak2 dlm citer harry potter ni..mesti korang x cayenye..org mule2 bace pon cam x caye..tp ni lah hakikatnye..ni lah salah satu agenda freemason nak pengaruhi minda kite..setiap watak dlm citer ni ade simbolik n mesej2 tersendiri..x caye eaa??.rolldown,please..




HARRY POTTER
Perkataan Harry adalah diambil dari perkataan “Harold” yang bererti Panglima Perang. Nama ini kononnya diambil oleh Rowling dari nama salah seorang sahabatnya ketika zaman kanak-kanak.


RON WEASLEY
Ron merupakan sahabat karib Harry Potter bersama Hermione Granger. Ron Weasley boleh diterjemahkan sebagai "Running Weasel" dalam bahasa yang lain. Hal ini mempunyai perkaitan dengan mitologi tentang juara catur Dinasti Keenam. Ron juga bermaksud “Penasihat Raja”.



HERMIONE GRANGER
Hermione Granger pula seorang gadis remaja yang bersama-sama Ron Weasley merupakan sahabat karib Harry Potter. Hermione memiliki makna sebagai “Si Pembawa Pesan” Dalam mitologi Yunani, Hermione disamakan dengan Hermes,The Messenger of the Gods. Hermione juga dipakai oleh Shakespeare sebagai nama seorang ratu dalam “The Winter Tale”.



ALBUS DUMBLEDORE
Albus Dumbledore merupakan Pengetua Sekolah Hogwarts. Albus merupakan istilah latin untuk “Putih”, dan Dumbledore pula adalah daripada istilah Inggeris kuno yang bererti “lebah besar yang berbulu”. Untuk istilah yang terakhir, Rowling menyatakan dia menamakan karakter ini karena orang tua berjanggut putih panjang ini suaranya seperti berdengung, mirip dengan dengungan lebah. Manakala istilah “Albus” adalah nama bagi Geomancy (sejenis Feng Shui) yang bererti sebagai Yang Bijak, Penyelesai Masalah Yang Baik,dan juga merujuk pada Yang Tercerahkan. Erti yang terakhir ini sama ertinya dengan istilah Illuminatrix atau Iluminaty.



MINERVA MC GONAGALL
Beliau merupakan salah seorang orang kanan Albus Dumbledore. Minerva adalah nama Dewi Kebijaksanaan dan Dewi Kesenian bangsa Romawi, dan juga Dewi Perdagangan serta Seni Perang. Sedangkan “McGonagall” pula merupakan nama Scotland yang bererti Pemberani.



ARGUS FILCH
Argus Filch merupakan salah seorang staf pejabat di Hogwarts. “Argus” adalah nama seekor raksasa dalam mitologi Yunani yang mempunyai ribuan mata dan “Filch” di sini bermaksud “Pencuri”.



SIRIUS BLACK
Sirius Black merupakan bapak baptis dari Harry Potter. Sirius merupakan nama sebuah bintang (buruj) berbentuk seekor anjing, dan kerana itu Sirius juga disebut sebagai “Bintang Anjing”. Bintang ini merupakan bintang yang paling terang di angkasa.Dalam bahasa Yunani, Sirius ditulis sebagai “Seirios” yang bermaksud “Membara”. Namun JK. Rowling menggabungkannya dengan perkataan “Black” yang tidak ada erti lain selain dari kegelapan. Jelas kita mendapati bahawa JK. Rowling memainkan lakonan “Teknik Manipulasi Illuminaty” yang memang sentiasa mempermainkan logik manusia dengan dua perkara yang saling bertentangan. Hampir semua keluarga Sirius Black diberi nama bintang seperti: Bellatrix, Regulus, Andromeda dan Draco. Dan lagi satu hal yang perlu diketahui adalah ritual Mesir kuno seperti Kabbalah adalah terkenal dengan perhitungan bintang.



RUBEUS HAGRID

Hagrid adalah merupakan satu-satunya sahabat dan pelindung Harry Potter yang mempunyai bertubuh raksasa. Hagrid itu sendiri bererti raksasa, namun boleh juga disebut sebagai Peminum. Di dalam kepercayaan Yunani kuno, Rubeus Hagrid bermaksud dewa yang paling ramah. Walaupun demikian, Hagrid dituduh oleh Hades bertanggungjawab di atas pembunuhan anak Perseus yang telah membunuh Medussa dan sebab itu dia dilarang untuk kembali ke Olympus. Namun Zeus, Tuhan Tertinggi berasa kasihan kepada Hagrid lalu dia memberikan Hagrid suatu tugas untuk menjaga seekor raksasa yang baik (suatu kontradiksi lagi seperti halnya Sirius Black) yang berada di Olympus.



DRACO MALFOY
Musuh Harry Potter, yang juga penghuni asrama Slytherin. Draco dalam bahasa latin berarti Naga. Dalam legenda latin kuno,merujuk pada raksasa naga. Sedangkan “Malfoy” adalah berasal dari dua nama yang disatukan iaitu ‘Mal’ dan ‘Foy’. ‘Mal’ dalam bahasa latin dan Sepanyol bererti “Yang Jahat” yang biasanya merujuk pada Syaitan. Sedangkan “Foy” dalam bahasa latin bererti “Kepercayaan”. Maksud ‘Malfoy’ boleh diertikan sebagai “Kepercayaan kepada Syaitan”.



LUCIUS MALFOY
Beliau merupakan bapa kepada Draco Malfoy. Lucius adalah istilah lain untuk Lucifer, yang antara lainnya adalah namaDajjal. Namun bagi kalangan okultis, Lucius atau Lucifer diertikan sebagai Si Cahaya (Luciferis), dan sama ertinya dengan istilah “Illuminaty” (Cahaya). Nama Lucius juga dipakai oleh salah seorang penguasa Rome, yang bernama Seneca. Nama lengkap Seneca adalah Lucius Annaeus Seneca iaitu seorang negarawan ternama, failasuf, dan orator. Tiga Paus juga dikatakan lahir dengan nama Lucius. Namun pada hari ini, nama ini sudah dianggap menjadi nama kebanyakan orang-orang penting dunia.



NARCISSA MALFOY
Beliau adalah isteri kepada Lucius Malfoy dan ibu kepada Draco Malfoy. Dalam mitologi Yunani Kuno, nama Narcissa merujuk pada seorang tokoh yang mencintai dirinya sendiri apabila dia melihat bayangan dirinya di danau yang jernih. Istilah “Narsis” sekarang ini berasal dari mitologi Narcissa.


SEVERUS SNAPE
Snape merupakan felow Asrama Slytherin. Severus adalah nama lain dari “Severe” yang membawa maksud kasar, berbahaya, tidak disukai orang ramai kerana kehadirannya selalu menimbulkan kegelisahan, memiliki ego yang besar, dan sebagainya. “Snape” pula adalah nama seekor ular di Slytherin.

The Grey Lady
Beliau merupakan hantu yang menghuni sekolah Hogwarts. Badannya adalah seolah-olah real dan menjadi satu legenda di sebuah Istana Chilingham di Alnwick, Northumberland. Istana tersebut terkenal dengan 'kerasnya' kerana terdapat dalam sejarahnya ramai orang disiksa sehingga mati di salah satu kamarnya. Salah satu hantu yang paling terkenal, bernama The Grey Lady, yang sering menganggu orang dengan rintihan dan bunyi tapak kaki di tangga. Entah disengaja atau tidak, filem Harry Potter juga menggunakan lokasi istana berhantu tersebut sebagai tempat penggambaran.


Posted by wardah07 at 4:22 PM 2 comments
konspirasi dunia-Harry Potter(siri 1)
Asslamualaikum..ermm,arini nk citer sket pasal Harry Potter. Siapa tidak kenal dengan watak kegemaran kanak-kanak dan remaja ini. Berkaca mata dan mempunyai kebolehan sihir adalah tanda pengenalan watak ini. Novel-novel dan filem-filemnya menjadi kegilaan ramai sehinggakan ada yang sanggup menghabiskan duit semata-mata ingin memiliki koleksi novel tersebut. Tidak kurang juga kanak-kanak yang berangan ingin menjadi seperti Harry Potter suatu hari nanti dengan kemahiran sihir dan penyapu terbangnya. Inilah antara Mind Control The Hidden Hand yang paling berjaya!

Siri Harry Potter yang menjadi bacaan dan tontonan ramai ini sebenarnya penuh dengan unsur-unsur Masonic dan Kabbalah. Mungkin ada di antara kita yang perasan dengan perkara ini dan mungkin ada juga yang langsung tidak ambil endah dan tidak perasan, yang penting siri Harry Potter ini menghiburkan. Jika saya adalah The Hidden Hand, sudah pastilah saya akan rosakkan pemikiran kanak-kanak dan remaja dengan pelbagai unsur-unsur sihir dan mistik yang secara tidak langsung akan mempengaruhi pemikiran mereka. Tetapi saya tidak boleh merosakkan pemikiran mereka secara terus terang, sudah pastilah saya akan menggunakan medium tertentu seperti Harry Potter yang diminati dan dipuja ini. Mesej tersembunyi di sebalik jalan cerita yang menarik.

Pasti ada yang tertanya-tanya apakah itu Kabbalah?kabalah ialah Sihir Kuno Yahudi. Sebelum membicarakan lebih lanjut tentang Harry Potter, elok kiranya jika kita menyelidiki biodata penulis siri ni, JK Rowling.Nama sebenarnya ialah Joanne "Jo" Murray. JK Rowling ini adalah nama penanya. Dia dilahirkan di Chipping Sodbury, England pada 31 Julai 1965. Semasa kecil minatnya dalam bidang penulisan sudah terserlah apabila dia telah menulis cerita pada usia 5 tahun. Ketika dia berusia 4 tahun, keluarganya berpindah Winterbourne dan di sinilah dia mempunyai seorang jiran bernama Potter yang kemudian dijadikan nama watak utama bukunya.



Dia cuba melanjutkan pengajian ke University Of Oxford tetapi gagal dan kemudian telah melanjutkan pengajian di University Of Exeter mengambil jurusan Bahasa Perancis. Selepas berpisah dengan suami pertamanya, dia membawa membesarkan anak perempuannya seorang diri dan menumpang di rumah adiknya, Diana di Edinburgh, Scotland. Dan di Edinburg jugalah dia telah menyiapkan buku Harry Potter pertamanya, Harry potter And Philosopher's Stone.

Dari maklumat-maklumat di atas, di sini kita dapat 2 kata kunci iaitu Edinburgh, Scotland dan University Of Exeter.

Mungkin ada di antara pembaca yang sudah dapat mencantumkan kata kunci ini, mungkin ada yang masih mencari-carinya. Tidak mengapa, mari sama-sama kita menyelesaikan kata kunci ini.

Kata Kunci Pertama- Edinburgh
Edinburg adalah kota terletak di barat Scotland. Kota ini adalah tanah penyelamat pendatang atau pelarian Knight Of Templar yang telah diburu oleh Pope Clement V dan Raja Philip (Raja Perancis) pada 1307. Pada ketika ini, Scotland adalah satu-satunya wilayah di Eropah yang berada di luar kekuasaan Vatican dan tanah inilah yang paling sesuai dipilih oleh Templar untuk tmenyelamatkan diri dan meneruskan agenda rahsia mereka.

Kahadiran mereka telah diterima secara terbuka oleh Raja Scotland masa itu iaitu, Robert de Bruce. Dan mereka telah mewujudkan pertubuhan rahsia dari sisa-sisa Knight Of Templar itu yang dikenali sebagai Freemason. Mendukung misi yang sama, tetapi nama yang berlainan. Sehingga ke hari ini, Freemason telah mengawal dunia dari segala aspek ekonomi, saintifik, ketenteraan dan banyak lagi. Pertubuhan rahsia ini berselindung di sebalik Pertubuhan Persaudaraan dan ahlinya terdapat di seluruh dunia, termasuklah di Malaysia sendiri.

Di sinilah para Mason bebas mengamalkan sihir Kabbalah tanpa tentangan dan dibina Rosslyn Chapel yang terkenal di kalangan ahli-ahli Mason dan Rosicrusian. Rosslyn Chapel telah dibina Willian Sinclair. Di seluruh Rosslyn Chapel, terdapat unsur-unsur Masonic yang jelas kelihatan di dinding-dinding. Penulis buku Rosslyn And The Grail iaitu Mark Oxbrow dan Ian Robertson berpendapat ukiran di dinding Rosslyn Chapel adalah diambil dari ukiran dinding Temple Solomon. Rosslyn itu sendiri berasal dari bahasa Gaelic yang bermaksud pengetahuan kuno yang diwarisi generasi ke generasi.

Rosslyn Chapel

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Powered by Blogger